Finding Diplomatic Solutions.
What am I doing here?
Welcome to Malaysia.
Just off the coast it is possible to see an array of beautiful islands which make up the Tunku Abdul Rahman Marine Park. Exploring the coral reefs and marine life in this underwater world is fascinating and day trips here can be easily arranged - most islands are less than 45 minutes away by boat. Once you arrive you will be amazed at how clear the water is and just how many different fish you can see. There are also many wonderful beaches to be explored on the islands!
Facing inland, it’s possible to see the peaks of Mount Kinabalu in the distance. This is another of Sabah’s main attractions and the views from the top at Sun rise more than make up for the two day climb. Afterwards you can soak your aching muscles at Poring where the sulphur hot springs provide a therapeutic bath.

Throughout the whole of Sabah you will find many local "Tamu", meaning market - the variety of fruit, vegetables, plants and handcrafted items on sale at cheap prices has to be seen to be believed! Some of the exotic fruits that you may come across include Rambutan, Mangosteen, Belimbing (or star fruit) and last but not least, the Durian. This green spiky fruit is famous throughout Asia due to its pungent smell - but don't be put off by this as it is actually something of a delicacy(!).
Aurat Wanita.
Apakah mereka sedar bahawa Allah s.w.t membenarkan para sahabat berkomunikasi dan bercakap–cakap dengan mereka (isteri Nabi) di sebalik tirai sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Bertanyalah kepada mereka dari belakang tabir.” (Al-Ahzab: 32)
Ini menunjukkan suara itu bukan dikira daripada aurat. Begitu juga Allah s.w.t melarang daripada mendedahkan auratnya (seluruh tubuh) selain daripada muka dan tangannya sahaja, sesuai dengan tafsiran Hibrul Ummah (Sahabat besar Rasulullah, Ibnu Abbas r.a) sendiri, itulah apa yang dimaksudkan dengan firman-Nya yang bermaksud: “… apa yang zahir daripadanya” (An-Nur: 31), iaitu muka dan tangan.
Dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja.”
Hakikat ini menggambarkan sebagaimana apa yang berlaku terhadap Asma binti Abu Bakar apabila Asma datang berjumpa Nabi s.a.w dengan pakaian jarang dan nipis. Baginda berpaling daripadanya lalu bersabda yang bermaksud:
“Wahai Asma, seorang wanita apabila sudah baligh, tidak elok lagi badan (tubuhnya kelihatan) selain muka dan tangannya sahaja.” (Riwayat Abu Daud)
Demikian juga kaum wanita itu disuruh labuhkan (tutupkan) atas lubang tengkuknya sahaja bukan bermaksud tutup atas muka mereka.
Kata Syaikh Yusof al-Qardawi, pendapat Ibnu Abbas lebih kuat dan sah pada pandangan jumhur (kebanyakan) ulama, kerana katanya, banyak ayat dan hadis yang mengarahkan kaum lelaki daripada umat Islam menyekat atau menutup pandangan mata mereka, sama juga dengan kaum wanita di suruh merendahkan pandangan mata mereka. Sekiranya muka dan aurat wanita sudah tertutup kemas di depan mereka maka pastilah arahan tersebut menjadi sia-sia dan percuma tanpa sebarang makna dan tujuan.
Menurut pendapat Syeikh Atiyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Universiti Al-Azhar, Mesir dalam koleksi fatwanya Soal Jawab Wanita Islam, terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), bahawa pada prinsipnya suara muka dan tangan wanita bukanlah termasuk aurat. Sekiranya perkara tersebut memang merupakan aurat, maka sukarlah bagi kaum wanita dan tentunya taklif atau beban syariat yang dikenakan kepada mereka bersifat usr iaitu sangat sukar dan ini bercanggah dengan prinsip agama Islam bahawa Ad-Dinu Yusr, iaitu agama itu mudah, sedangkan kaum wanita juga merupakan ‘makhluk sosial’ yang berhajat untuk berkomunikasi dengan sesama insan baik ia dari kaum lelaki ataupun kaum perempuan dalam proses kehidupan sosialnya, sedangkan aurat wanita sebenar terletak pada kemerduan dan kelembutan suaranya dan perhiasan yang boleh menggoda kaum lelaki, bukan pada wanita itu sendiri.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki ajnabi) kerana yang demikian menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (Aal-Ahzab: 32)
Allah s.w.t tidak melarang mereka secara mutlak untuk bercakap dengan kaum lelaki bahkan membolehkan, selama tidak mendatangkan fitnah bagi dirinya dan bagi kaum lelaki itu, Allah s.w.t melarang kaum wanita untuk melembutkan suara dan mendedah kecantikan mereka semasa bercakap dengan kaum lelaki supaya mereka tidak tergoda ataupun terggugah keimanannya dan menimbulkan berahinya.
Dengan demikian, pada prinsip suara muka dan tangan wanita bukanlah aurat yang dilarang untuk dilihatkan atau didengarkan. Dahulu para sahabat daripada golongan lelaki dan wanita sering bertanya (berdialog) kepada Rasulullah s.a.w tentang masalah-masalah hukum-hakam dalam agama dan didengar oleh kaum lelaki dan wanita yang hadir daripada sahabat-sahabat Baginda. Bahkan sering pula mereka berdialog dengan para sahabat dan sebaliknya sebagaimana di saat ada seorang wanita yang mengkritik Umar r.a. tentang perkara mas kahwin di dalam pertemuan pada suatu majlis yang diadakan di sebuah masjid, di mana dihadiri pula oleh kaum lelaki, sedangkan Umar tidak melarangnya untuk bersuara padahal beliau terkenal tegas dan kuat memegang syariat agama.
Rasulullah s.a.w pernah didatangi seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah s.a.w dan membiarkan Rasulullah memerhatikan dirinya dari atas ke bawah, tetapi setelah tidak ada sambutan yang memberangsangkan, maka dia pun terus duduk di situ, lalu berkatalah salah seorang daripada kalangan sahabat: “Kahwinkanlah wanita ini dengan saya.” Maka Rasulullah s.a.w terus mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang berminat kepadanya itu. Ini semua bukti melihat kepada muka wanita itu adalah harus dan bukan aurat.
Menurut Al-Qurtubi, suara wanita di saat berkata-kata bukanlah termasuk aurat, lelaki dibolehkan bercakap-cakap atau berdialog dengan wanita kerana ada hajat, demikian juga muka dan tangannya kerana tujuan tertentu tetapi wanita tidak dibolehkan memerdukan, melembutkan atau mengindahkan suaranya ketika bercakap dengan lelaki, kerana perkara demikian boleh menimbulkan berahinya dan juga membuat ia tergoda dan suka. Dengan demikian sangat dianjurkan bagi kaum wanita untuk tidak berdialog dengan kaum lelaki yang bukan mahramnya dan juga sebaliknya melainkan kerana ada hajat atau sebab-sebab yang munasabah, kerana suara, muka dan tangan seorang wanita sejak semula jadinya memang lembut dan menarik serta dapat menggoda kaum lelaki, apalagi sekiranya dibuat-buat sehingga menjadi lebih lembut dan menggiurkan.
Dalam ketentuan syariah yang lebih berhati-hati (warak), dimakruhkan kepada kaum wanita untuk meninggikan suara dalam membaca al-Quran, demikian pula tidak disyariatkan ‘azan’ kecuali untuk jemaah wanita sahaja, bahkan di dalam syariat fikah, apabila seorang wanita ingin menegur kesilapan yang dilakukan oleh imam di dalam solat berjemaah, maka ia tidak boleh menegur dengan membaca ‘tasbih’ sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki, tetapi cukup dengan menepuk tangannya sahaja sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.
Demikian pula wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat. Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.
Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.
Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu’ats. Kulihat Rasulullah s.a.w berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku’. Katanya, ”Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?” Mendengar seruan itu, Nabi s.a.w menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata: “Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar.”
Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah s.a.w mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah s.a.w. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut: ”Suatu hari Rasulullah s.a.w pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata, ”Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan.”
Kesemua keterangan tersebut menunjukkan bahawa suara wanita dan perhiasan yang zahir daripadanya bukan aurat. Rasulullah s.a.w juga secara praktikal pernah berbicara dengan kaum wanita sepertimana ketika menerima bai’at daripada kaum ibu sebelum dan sesudah hijrah. Bahkan dari segi syarak, baginda tidak pernah menghalang kaum wanita untuk melaksanakan urusan jual beli, menyampaikan ceramah, mengaji al-Quran, membaca qasidah atau syair. Jika suara wanita itu dianggap aurat, sudah tentu dari segi hukum syarak dianggap haram.
Seni bacaan al-Quran adalah termasuk dalam seni Islam yang mempunyai nilai sastera yang tinggi, indah dan juga mempunyai seni bacaannya yang unik. Apakah salah kaum wanita mempelajari dan membacanya kerana selain daripada kandungan kata dan pesan yang ingin disampaikan al-Quran, juga dari segi susunan kata dan kalimatnya yang menyangkut soal nada dan susunannya dapat memukau dan menginsafi sesiapa sahaja yang mendengarnya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Muzzammil ayat 4 yang bermaksud: ”Bacalah al-Quran dengan sebaik-baik (Tartil)”.
Imam Bukhari dan Abu Daud juga meriwayatkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Perindahkan al-Quran dengan suara kamu.”
Bukankah semua ini menunjukkan bahawa menyanyikan al-Quran tidak dilarang dan kerana itu menyanyi secara umum pun tidak dilarang kecuali nyanyian itu tidak selari dengan tuntutan Islam. Sebagai seni Islam, satu ciri yang dianggap positif ialah ia tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan terpancarnya keperluan bersama manusia.
Oleh hal yang demikian, kita seharusnya tidak menyempitkan pemikiran kita apabila berbicara mengenai aurat wanita. Keterangan ayat al-Quran dan hadis, ditambah dengan kisah-kisah yang dapat dijadikan teladan pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu seharusnya membuka mata fikir kita untuk tidak terus ‘menzalimi dan menghukumi’ wanita secara sewenang-wenangnya.
Do and don't.
When visiting Malaysia, visitors should observe local customs and practices. Some common courtesies and customs are as follows:
* Although handshakes are generally acceptable for both men and women, some Muslim ladies may acknowledge introductions to gentlemen by merely nodding and smiling. A handshake should only be initiated by ladies. The traditional greeting or salam resembles a handshake with both hands but without the grasp. The man offers both hands, lightly touches his friends outstretched hands, and then brings his hands to his chest to mean, "I greet you from my heart". The visitor should reciprocate the salam.
* It is polite to call before visiting a home.
* Shoes must always be removed when entering a Malaysian home.
* Drinks are generally offered to guests. It is polite to accept.
* The right hand is always used when eating with one's hand or giving and receiving objects.
* The right forefinger is not used to point at places, objects or persons. Instead, the thumb of the right hand with four fingers folded under is the preferred usage.
* Shoes must be removed when entering places of worship such as mosques and temples.
* Some mosques provide robes and scarves for female visitors. Taking photographs at places of worship is usually permitted but always ask permission beforehand.
* Toasting is not a common practice in Malaysia. The country's large Muslim population does not drink alcohol.
A Land of Fascinanting
In the heart of Asia lies a land of many cultures, wonders and attractions. It's a bubbling, bustling melting pot of races and religions where Malays, Indians, Chinese and many other people live together in peace and harmony. It is also a land of fascinating extremes, where towering skyscrapers look down upon primitive longhouses. Blessed with natural wonders galore, it is perfect for a memorable eco-holiday. With some of the best beaches and diving spots in the world, it is ideal for island getaways. Experience Asia in Malaysia.
Geography of Malaysia
Malaysia is a federation of 13 states in Southeast Asia, formed in 1957. The country consists of two geographical regions divided by the South China Sea:
West Malaysia(or Peninsular Malaysia) on the Malay Peninsula shares a land border on the north with Thailand and is connected by the Johor-Singapore Causeway and the Malaysia-Singapore Second Link to the south with Singapore. It consists of the 11 states Johor, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor, and Terengganu, and the two federal territories of Putrajaya and Kuala Lumpur.
East Malaysia occupies the northern part of the island of Borneo, bordering Indonesia and the Sultanate of Brunei. It consists of the federal territory of Labuan islands and the states of Sabah and Sarawak.
Transportation – Getting to Malaysia
Set in the heart of Southeast Asia, Malaysia is easily accessible from most parts of the world by air, surface and sea links. Over 45 international airlines fly into the country while national carrier Malaysia Airlines has a global network that spans six continents and a national network that covers more than 36 local destinations. AirAsia, Malaysia's budget airline also services certain domestic and regional routes.
By Air
Most visitors arrive by air at one of the six international airports in Malaysia. The main gateway is the Kuala Lumpur International Airport (KLIA) at Sepang in the state of Selangor. The rest of the country, including Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan in East Malaysia, is well serviced by 14 domestic airports and airstrips.
Located about 50km from the capital city of Kuala Lumpur (KL), the fully computerised, state-of the-art KLIA is among the most modern airports in the world. KLIA is a four-runway airport facility capable of handling an initial 25 million passengers per annum with facilities for expansion to 45 million passengers per annum.
Incorporated into the airport's design is an automated shuttle system which links the satellite building, where passengers disembark, to the airport terminal building, where immigration and customs clearances take place. With a connection time of a mere two minutes, this fully automated baggage and passenger clearance system is especially efficient.
Within the airport terminal building, there are rest, recreation, dining, and duty-free shopping facilities. The fitness centre at the Hotel Airside Transit even comes with a well-equipped gym, steam room and sauna. Just a mere 5-minute walk from the airport is the luxurious 5-star Pan Pacific Hotel.
From KLIA, KL is a short 28-minute journey away on the comfortable KLIA Ekspres, a high-speed rail service. By road, visitors may travel via the ELITE highway or the North-South Expressway. The North-South Expressway also links the main towns on the west coast of Peninsular Malaysia. Car rental, bus, coach, taxi, limousine and rail services into Kuala Lumpur and neighbouring towns are widely available at the airport.
By Sea
Peninsular Malaysia and East Malaysia are easily accessible via sea ports. Located just outside the capital city of Kuala Lumpur (KL) on the west coast of the Peninsular, Port Klang is Malaysia’s largest modern sea port. With excellent harbourage, it is also a major shipping and cargo terminal. Other major sea ports are located on the islands of Penang and Langkawi, in the north of the Peninsular; at Johor to the south; at Kuantan on the East Coast; and at Kota Kinabalu in Sabah.
Westport on Pulau Indah
Already serviced by North Port and South Port, Port Klang is now serviced by the new international harbour city – Westport located on the island of Pulau Indah. A free trade zone, Pulau Indah is currently being developed as an industrial, commercial, residential, recreational and tourism hub with a marina and resorts.
Stretching over 11km, with a natural depth of 14-18 metres, Westport is designed to be a high-tech regional port. It has a container terminal, large warehouse area and commercial centre. Star Cruise Terminal - the largest cruise ship terminal in the Asia-Pacific region – is also situated here. Star Cruise is a major international leisure cruise line that calls at Penang, Port Klang, Malacca and Langkawi.
FerryLink operates a vehicular ferry service from Changi Point in Singapore to Tanjung Belungkor on the southern coastline of the Peninsular. Tanjung Belungkor is the gateway to the popular beach resort of Desaru. There are four daily trips on weekdays and eight daily trips on weekends.
By Road and Rail
Located 48km north of Alor Star in the northern state of Kedah, Bukit Kayu Hitam is the main entry point into Malaysia for visitors from Thailand. The North-South Expressway links Bukit Kayu Hitam to Kuala Lumpur – 490km away. Near the Malaysian immigration and customs post are restaurants, shops, car parks and a duty-free shopping complex.
Situated on the main rail route with a daily train service from Bangkok, Padang Besar – in Malaysia's northernmost state of Perlis – is another entry point. Keretapi Tanah Melayu (KTM) or Malayan Railway provides an international express from Butterworth to Haadyai in Thailand, and regular services from Padang Besar to Singapore via Kuala Lumpur.
The exclusive Eastern and Oriental Express also romances the route from Bangkok to Singapore via Kuala Lumpur. Covering the entire length of the Peninsular – over 2,000 km, this two-day journey has frequent stops at scenic locations.
For visitors entering from the Singapore, Johor Bahru is the main southern entry point. The North-South Expressway links Johor Bahru with Kuala Lumpur – 220km to the north. A rail and road causeway connects Johor Bahru to Singapore. Immigration and customs checkpoints are based at the entrance to the Causeway. A second bridge links Tanjung Kupang – 30km south-west of Johor Bahru – to Tuas in Singapore.
Hang Tuah.
Di dalam buku Sejarah Melayu itu ada didapati beberapa riwayat menerangkan sifat-sifat istimewa Hang Tuah dalam khidmat-nya menjulang mutu kebesaran dan kermuliaan negara dan rajanya. Sifat-sifat Hang Tuah sebagai seorang hulubalang yang gagah berani ada tersebut di dalam beberapa peperangan yang telah berlaku; sama ada angkatan Melaka menyerang sesebuah daerah asing, atau pun diserang oleh angkatan luar, maka Hang Tuah jarang ketinggalan daripada mengambil bahagian mengepalai" angkatan perang Melaka.
Suatu di antara sifat-sifat istimewa Hang Tuah seperti yang tersebut didalam buku Sejarah Melayu itu, ialah sifat taat setianya kapada raja. Suatu perkara berkenaan
hal ini hendaklah difaham, iaitu taat setia yang sedemikian adalah mengikut kehendak yang bersesuai dengan keadaan corak pemerintahan pada zaman itu. Hang Tuah telah berkhidmat dengan tiga orang Raja Melaka, iaitu Sultan Mansur Shah, Sultan 'Alau'ddin Riayah Shah I dan Sultan Mahmud Shah. Sebagai suatu bukti menunjukkan sifat taat setia Hang Tuah menjunjung titah perintah rajanya, dapat dipastikan daripada peristiwa yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Pernah Hang Tuah dihukum bunuh oleh rajanya; meski pun demikian taat setianya tidak juga berubah melainkan terus juga ia berkhidmat, berbuat kebaktian kepada rajanya itu.
Di dalam buku Sejarah Melayu tiada di dapati apa-apa keterangan berkenaan dengan usul asal Hang Tuah, seumpama siapa ibu bapanya; di mana tempat lahirnya; bagaimana mulanya maka ia beroleh jawatan berkhidmat di istana raja dan sebagainya; tetapi nama anak-anaknya dan siapa isteri-isterinya ada tersebut di dalam kedua-dua buah naskah Raffles No. 18 dan naskah Abdullah atau naskah Shellabear itu. Tersebut juga di dalam kedua-dua buah naskah itu keterangan berkenaan dengan Hang Tuah meninggal dunia.
Pad a penghujung Bab XV, di dalam naskah Raffles No. 18 itu ada tersebut demikian: "Setelah itu, maka Sultan Mahmud Shah beristeri pula akan anak Laksamana, Tun Birah namanya, beranak seorang perempuan Raja Dewi namanya."
Di hujung Bab XVIII naskah Raffles No. ]8 itu pula, ada menerangkan peri Hang Tuah meninggal dunia, serta huraian ringkas tentang keluarganya; huraian itu demikian bunyinya: "Sebermula akan Laksamana Hang Tuah pun sudah mati. Maka menantunya Khoja Husain namanya, ialah dijadikan oleh Sultan Mahumd Shah Laksamana, kerana Laksamana Hang Tuah isterinya dua orang. Seorang kaum Seri Bija Diraja, Dato' Bongkok, beranak tiga orang; yang tua, perempuan di dudukkan dengan Khoja Husain; yang tengah, laki-laki Tun Bayajit namanya; yang bongsu,perempuan Tun Birah namanya diperisteri oleh Sultan Mahmud Shah, beranakkan Raja Dewi. Seorang lagi isteri Laksamana. kaum Bendahara Paduka Raja, keluarga pada Paduka Tuan, beranak dua: seorang laki-laki yang bergelar Guna, seorang perempuan duduk dengan Hang Nadim. Maka Khoja Husainlah jadi Laksamana menggantikan mentuanya. Maka Laksamana Khoja Husain beranak laki-Iaki bernama Tun 'Abdullah."
Keterangan yang lebih jelas berkenaan Hang Tuah meninggal dunia ada didapati di-dalam sebuah naskhah Sejarah Melayu yang dipunyai oleh Dato F. W. Douglas dan telah dipetik dan disisipkan ke dalam buku Sejarah Melayu naskhah Shellabear yang di-gunakan disekolah Melayu sekarang. Keterangan itu bagini bunyinya: "Shahadan akan Laksamana Hang Tuah pun kembali ke Rahmatullah Taala. Maka oleh Sultan Mahmud ditanamkan di Tanjung Keling dengan sepenuh-penuh adat dianugerah. Tiga hari baginda tiada nobal. Maka Khoja Hassan menggantikan mentuanya jadi Laksamana. Maka Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang laki-Iaki Tun Abdul namanya. Wa'lIahu a'lamu bis'-sawab. wa ilaihi-marji'u wa'l-ma'ab."
Berkenaan dengan keluarga Hang Tuah seperti yang tersebut di dalam Sejarah Melayu naskah Shellabear ialah demikian: "Ada pun Laksamana Hang Tuah rahimullah itu beristeri dua orang, seorang saudara Seri Bija Diraja Dafo' Bongkok, beranak tiga orang; yang tua perempuan, Tun Serah namanya, duduk dengan Khoja Hassan, dan yang tengah laki-laki, Tun Biajid namanya, yang bongsu perempuan. Tun Sabariah namanya, diperisteri oleh Sultan Mahmud, beranak seorang perempuan, Raja Dewi namanya. Seorang lagi isteri Laksamana Hang Tuah, keluarga Bendahara Paduka Raja, beranak dua orang: yang tua laki-laki, bergelar Sang Guna, yang muda perempuan, duduk dengan Hang Nadim. Dan Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang laki-laki, Tun 'Abdul namanya."
Jika dibandingkan keterangan-keterangan diantara kedua-dua buah naskah Sejarah Melayu itu nescaya didapati ada bertelingkah tentang nama-nama orang, umpamanya di dalam sebuah naskah nama seorang di antara menantu Hang Tuah di sebutkan Khoja Husain, tetapi didalam naskhah yang sebuah lagi Khoja Hassan pula namanya. Demikian juga anak perempuan Hang Tuah yang diperisterikan oleh Sultan Mahmud; naskah Raffles menyebut Tun Birah namanya, tetapi di dalam naskah yang sabuah lagi itu Tun Sabariah pula. Ada pun sebabnya maka bertelingkah itu haruslah juga oleh kecuaian orang yang menyalin daripada naskah yang terlebih tua itu. Dalam pada itu pun pada amnya keterangan berkenaan siapa-siapa dia anak isteri Hang Tuah itu tidalah boleh dikatakan bertelingkah di antara kedua-dua buah naskah buku Sejarah Melayu tersebut.
HANG TUAH DALAM TUHFAT AL-NAFIS
Di dalam Tuhfat al-Nafis (Sejarah Melayu dan Bugis) karangan Raja 'Ali-al-Haji Riau (JMBRAS Vol. X Part II. Aug. 1932), tatkala meriwayatkan kisah Kerajaan Melayu Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, ada menyebut demikian:
Pada masa kerajaan Sultan Mansur Shah inilah mengutus ke Bugis kepada Raja Goa, dengan membawa beberapa bingkisan dan hadiah perkiriman; maka dibalas oleh Raja Goa dengan seorang anak raja-raja pada negeri kecil bernama Daeng Mempawah, iaitu akhirnya jadi Laksamana Hang Tuah. ialah mashhor dibdalam Melaka hulubalang yang perkasa, dan ialah yang membunuh Hang Jebat yang menderhaka mengambil gundik raja dilawannya bermukah. Kemudian. mengamukIah ia di dalam istana, maka raja pun keluarlah dari dalam istananya.
Maka tiada sa-orang daripada menteri dan hulubalang raja itu menaiki Hang Jebat itu, hanyalah Hang Tuah jua berani menaiki. Maka lalu dibunuhnya Hang Jebat itu, dan berpanjanganlah hikayatnya di dalam siarah panjang-panjang. Shahadan baginda Sultan Mansur Shah inilah yang berangkat beristeri ketanah Jawa akan anak Ratu Majapahit, maka lalu di bawanya balik ke Melaka, dan Pulau Tujuh pun di berikan oleh Ratu Majapahit kapada menantunya Raja Melaka itu.
Keterangan ini bolehlah juga dijadikan sebagai suatu alasan tentang adanya seorang hulubalang bernama Hang Tuah pada zaman Melaka dalam pemerintahan Sultan Mansur Shah dahulu itu tetapi berkenaan dengan keterangan mengatakan bahawa Hang Tuah asalnya seorang anak raja negeri kecil di tanah Bugis, dan nama asalnya Daeng Mempawah itu, sukarlah hendak diakui sah, istimewa jika dipandang pada segi zaman penciptaan buku Tuhfat al Nafis itu. Menurut keterangan Raja Ali al Haji di dalam pendahuluan katanya, bahawa ia mulai mengarang buku itu ialah pada tiga haribulan Sha'ban T.M. 1282 (T.M.1865), pada hal Hikayat Hang Tuah, menurut keterangan daftar buku-buku lama Melayu catitan Werndly, telah sedia ada sebelum T.M. 1736. Demikian juga saperti yang telah dimakalum bahawa zaman terciptanya buku Sejarah Melayu atau Sulalatu 'I-Salatin yang ada mengandungi sedikit-sedikit riwayat Hang Tuah, ialah kira-kira lebih dua ratus tahun terdahulu daripada buku Tuhfat al-Nafis itu.
Tidaklah boleh dinafikan iaitu harus juga pengarang buku Tuhfat al-Nafis itu telah mendengar riwayat berkenaan gagah berani dan taat setia Hang Tuah itu daripada cerita-cerita mulut yang telah berkembang turun-temurun di kalangan masyarakat orang-orang Melayu. Dalam pada itu pula, menurut seperti yang difahamkan bahawa pengarang Tuhfat al-Nafis itu ialah dari keturunan Raja Bugis, maka haruslah kerana itu telah menimbulkan sesuatu perasaan kapadanya hingga ia mengatakan bahawa darah Raja Bugis ada mengalir dalam tubuh Hang Tuah.
HANG TUAH DALAM HIKAYAT HANG TUAH
Di kalangan masyarakat sesuatu kaum yang ramai bilangan orang-orangnya masih buta huruf dan belum mengambil berat mencatitkan sesuatu riwayat atau peristiwa yang berkaitan dengan sejarah, memanglah menjadi perkara biasa berlaku, iaitu apa-apa jua peristiwa atau hal yang sebenar terjadi pada sesuatu masa itu, dengan cepat sahaja berubah aliran ceritanya hingga seolah-olah menjadi dongeng atau cerita khayal.
Perkara yang seperti ini berlaku ialah kerana sesuatu riwayat atau peristiwa yang terjadi dengan sebenarnya itu disampaikan dari mulut ke mulut dan dari setenggang ke setenggang hingga beberapa tenggang atau keturunan yang terkemudian. Maka disepanjang masa perkembangan cerita itu terjadilah tokok tambah yang direka-reka menurut sedap orang yang menceritakannya sehingga sampailah kepada suatu zaman yang terkemudian manakala ada seseorang cerdik pandai di kalangan masyarakat itu berusaha menyusun cerita yang telah dikarang dan ditokok tambah turun-temurun itu menjadikannya sebuah hikayat.
Sebagaimana kebanyakan pengarang-pengarang kesusasteraan lama Melayu juga, tiada lah diketahul siapakah dia penyusun Hikayat Hang Tuah itu; hanya yang dapat diagak ialah zaman penciptaannya, iaitu nyatalah terkemudian daripada T.M. 1641, sesudah negeri Melaka dirampas daripada tangan Feringgi oleh tindakan bersama angkatan-angkatan perang Belanda dan Johor dalam bulan January 1641, kerana Hikayat Hang Tuah itu berakhirkan riwayat ketewasan Feringgi di Melaka itu.
Suatu perkara lagi yang dapat diagak bahawa Hikayat Hang Tuah itu ialah asalnya daripada bahasa Melayu, dan sejati bentuk Melayunya, yakni bukan tersalin daripada sesuatu bahasa asing, umpamanya daripada kesusasteraan Hindu seperti hikayat-hikayat Seri Rama, Pandawa Jaya, Sang Boma dan sebagainya. Meski pun demikian, pada permulaan hikayat itu terdapat juga bentuk cerita yang menyerupai corak kesusasteraan Hindu, atau pun. mencontohi corak cerita-cerita Panji yang berasal daripada tanah Jawa itu, iaitu menyebutkan kisah seorang raja keinderaan turun ke dunia lalu beristerikan saorang puteri raja, dan daripada perkahwinan ini baginda beroleh seorang putera yang dinamakan Sang Purba; kemudian putera ini dirajakan oleh baginda di Bukit Siguntang.
Corak kesusasteraan Hindu ini ternyata dengan lebih jelas lagi dalam cerita yang salanjutnya iaitu tentang kisah Sang Purba terlihat seekor Jembu muntah, dan muntah lembu itu pula telah menjadi seorang kanak-kanak perempuan yang terlalu cantik parasnya; akhirnya tuan puteri itu dijadikan oleh Sang Purba permaisurinya. Maka dengan permaisuri itu Sang Purba beroleh empat orang putera, yang sulungnya bernama Sang Maniaka, yang tengahnya Sang Jaya Nantaka, yang alang Sang Saniaka dan yang bongsu Sang Satiaka namanya.
Menurut Hikayat Hang Tuah bahawa Sang Maniaka,. putera Sang Purba yang sulung itu telah merajai Bintan. Di situ baginda telah memilih beberapa orang yang berasal untuk memegang jawatan menjadi orang besar-besar negeri dan pegawai-pegawai kerajaan. Seorang di antara orang, besar-besar itu digelar baginda Bendahara Paduka Raja. Menurut jalan cerita hikayat itu pada masa Sang Maniaka berkerajaan di pulau Bintan itulah juga Hang Tuah lima bersahabat mulai diambil raja menjawat jawatan dalam istana.
Tatkala meriwayatkan kisah Sang Maniaka berkerajaan di pulau Bintan itu maka pengarang atau penyusun Hikayat Hang Tuah telah menyisipkan atau mengaitkan sedikit cerita Panji, iaitu tentang kisah Ratu Lasam menitahkan seorang menterinya yang bernama Pateh Kerma Wijaya pergi memperbaiki segala negeri-negeri yang dialahkan oleh Radin Inu Kuripan. Kemudian Pateh Kerma Wijaya keluar meninggalkan tanah Jawa lalu pergi ka Bintan kerana merajuk oleh pekerti Ratu Lasam mengambil anak perempuannya dengan tidak memberi tahu kapadanya terlebih dahulu.
Cerita itu dilanjutkan pula dengan menyebutkan kisah Radin Inu Daha yang bernama Radin Wira Nantaja merantau ke segenap tanah Jawa. mencari saudara perempuannya Radin Galoh Puspa Kencana nama timangannya Radin Puspa Nengrat. Akhirnya Radin Wira Nantaja belayar ke Bintan; ianya sangatlah dikasihi oleh Raja Bintan (Sang Maniaka) hingga diberi gelaran Ratu Melayu.
Pengarang atau penyusun Hikayat Hang Tuah itu meriwayatkan bahawa pada masa Sang Maniaka hendak membuka negeri Melaka kononnya Radin Wira Nantaja atau Ratu Melayu itu ada lagi bersama-sama baginda di Bintan. dan ada juga bersama-sama dalam perburuan yang menerbitkan suatu peristiwa luar biasa manakala.seekor pelanduk puteh menerajangkan anjing perburuan. hingga anjing itu terjun ke dalam sungai. Pada masa Radin Wira Nantaja di Bintan itu juga diriwayatkan kononnya datang Pateh Daha membawa surat daripada Ratu Daha memanggil Radin Wira Nantaja kembali. Di dalam surat itu. mengatakan bahawa Radin Galoh sudah bertemu dengan Radin Inu Kuripan di Galang (Gagelang).
KETIDAKMUNASABAHAN DARI SEGI SEJARAH
Jika dipandang pada segi sejarah terutama sekali tentang tingkatan-tingkatan zaman yang terkandung di dalam aliran jalan cerita Hikayat Hang Tuah itu. Maka bolehlah dikatakan tiada dapat diterima akal oleh menilik kepada terlalu lanjutnya hidup seseorang yang diriwayatkan itu; umpamanya Sang Maniaka yang dikatakan putera sulung kapada Sang Purba, iaitu putera seorang raja keinderaan itu. menurut jalan cerita Hikayat Hang Tuah, telah lahir di Bukit Siguntang, kemudiannya merajal pulau Bintan. Pada zaman baginda di pulau Bintan itu dikaitkan pula riwayat baginda dengan zaman Radin Inu Kuripan mencari Radin Galoh Daha saperti yang tersebut di dalam cerita-cerita Panji. Menurut pendapat ahli-ahli penyiasat kesusasteraan bahawa cerita Panji itu berlakunya pada zaman Kerajaan Kediri, iaitu beberapa lama terdahulu daripada zaman keagungan Kerajaan Majapahit (mulai daripada T.M. 1294).
Kemudian Sang Maniaka juga telah membuka dan merajai Melaka lalu berkahwin dengan puteri Ratu Majapahit, iaitu pada zaman Pateh Gajah Mada (kira-kira T.M. 13311364). Menurut jalan cerita Hikayat Hang Tuah, Sang Maniaka (yang disebutkan Raja Melaka sahaja) mash hidup lagi sehingga kezaman negeri Melaka hampir jatuh ke tangan Feringgi (kejatuhan Melaka itu pada T.M. 1511), iaitu setelah baginda mengangkat anakanda baginda yang bernama Puteri Gunung Ledang itu naik takhta Kerajaan Melaka. Akhirnya baginda keluar daripada istana melakukan diri sebagai seorang darwish.
Menurut aliran jalan cerita Hikayat Hang Tuah itu. Bendahara Paduka Raja dan Temenggung Seri Diraja yang telah dipilih oleh Sang Maniaka pada masa baginda mula naik takhta kerajaan di pulau Bintan itu, ada juga hidup di sepanjang zaman yang tersebut, demikianlah juga Hang Tuah.
Hampir kepada penghujung hikayat itu disebutkan bahawa ketiga-tiganya itu telah bermohon kapada Raja Melaka kerana hendak berkhalwat, yakni berbuat amal ibadat kapada Allah Taala; Bendahara dikatakan duduk di Tanjung Keling, Temenggung di Tanjung Tuan dan Laksamana (Hang Tuah) di Tanjung Jugra.
Riwayat Hang Tuah tidaklah pula berakhir di Tanjung Jugra saperti yang tersebut tadi, kerana pada penghujung Hikayat Hang Tuah itu ada menyebut demikian:
Maka akan Tun Tuah pun tiadalah tersebut lagi di dalam negeri itu, tetapi Tun Tuah tiada mati, kerana ia hulubalang besar, dan lagi ia menjadi wali Allah. Maka sekarang ini khabarnya Tun Tuah itu ada di pucuk hulu Sungai Perak,dan ia duduk menjadi raja segala Batak dan orang hutan. Maka sekarang pun kadang-kadang ada bertemu dengan orang maka ditanya orang itu katanya: "Tuanku mahukah beristeri?"
Maka katanya: "Tiadalah hamba mahu beristeri lagi." Demikianlah peri Hikayat Hang Tuah itu adanya.